Kelas Mahir Jahit Intake 4 Modul 1 Sesi 1 - Pengenalan

15 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2026, telah diadakan Kelas Mahir modul 1 bertajuk “Pengenalan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Pembelajaran dijalankan secara atas talian. Dalam modul ini, peserta akan diperkenalkan kepada tenaga pengajar, sistem pembelajaran yang digunakan serta keseluruhan perjalanan kursus Mahir Jahit. Dalam sesi ini, peserta juga akan mempelajari cara menggunakan MTS dengan betul bagi tujuan pembelajaran, semakan tugasan dan rujukan sepanjang kursus dijalankan. Penerangan ini penting supaya peserta lebih jelas tentang struktur kursus dan lebih bersedia untuk mengikuti setiap modul yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali